Saturday 13 July 2013

Assalamualaikum.

Setiap manusia pasti ada perasaan malu. Maybe yang membuat kita berlainan dengan orang lain tu, tahap malu tu *yeke,hehe*. Malu tu bagus jika betul pada tempatnya,tapi kalo dah nak bincang dengan coursemate pun malu, tu dah jadik lain namanya. Perasaan malu yang ter 'over' tu akan menyebabkan diri kita sendiri yang rugi. So, SAY NO TO MALU yang over.

Perasaan malu ni muncul sebab perasaan rendah diri yang terlampau and selalu memikirkan tanggapan negatif dari orang lain. Itulah punca majoriti malu yang tak bertempat itu wujud. But, mungkin ada sesetengah orang malu disebabkan fobia. wallahualam.

Perasaan  malu itu harus dikikis sedikit demi sedikit. Even tak mendadak tapi usaha tu ade kan.hee *senyumnampakgigi*

1. Senyum
Mulakan dengan senyuman. Dengan orang yang kita tak penah tegur selama ni kita senyum. Before masuk kelas or keje, senyum selebar2 nye. Tunjukkan keayuan and kehenseman wajah anda bile senyum.

Tgok atuk ni, comel je die senyum kan. :D

2. Betulkan mindset
Mindset tu kena betul. Jangan fikir negatif pasal diri kita, sebab benda macam tu la yang akan membuatkan kite down and tak nak bercakap dengan orang lain.

Contoh:
Si A  :  Aku ni x cantik/hensem,nak ke die sembang dengan aku....

Haa,contoh yang tu la kita kena elakkan. Hensem/cantik tu subjektif je. Setiap orang ade kelebihan dia sendiri, so gunakan kelebihan yang ada tu untuk naikkan kita punya mind set. Rupa paras tu tolak ketepi.*kenyitmatabanyakkali*

3. Aktif dengan aktiviti/persatuan
Selalu involve dengan aktiviti or persatuan. Secara tak langsung, kita akan bergaul dengan orang yang kita tak kenal. Tak percaya? Try  la. *angkatkeningsebelah* 

Ada banyak lagi cara nak kikis rasa malu ni. Tapi yang atas ni antara langkah yang terpenting nak buang malu yang over tu. Yang penting slow2 berubah. 

Ye, saya boleh!